Cawangan Kg Air

Dr Alvin Sukalenggam Rastora

Doktor Residen

Saya adik beradik ke-2 daripada 4. Tiga daripada kami adalah doktor. Seorang juruterbang. 

Sejak kecil memang menjadi impian kami adik beradik untuk menjadi seorang doktor. Salah satu sebabnya adalah kerana ia adalah profesion yang sangat dihormati selain memberikan kepakaran anda untuk menyelamatkan nyawa orang ramai. 

Namun, perjalanan menjadi doktor perubatan bukanlah mudah. Ia memerlukan banyak usaha dan kerja keras untuk belajar menjadi yang baik dan selamat. Satu langkah yang salah boleh meragut nyawa pesakit. 

Saya dilatih di Universiti Kebangsaan Malaysia batch 2015. Pengalaman belajar yang hebat di UKM kerana kami mempunyai kemudahan hospital sendiri di Kuala Lumpur. 

Tidak lama selepas tamat pengajian, saya telah ditempatkan sebagai housemanship selama 2 tahun di Hospital Teluk Intan, Perak, kemudian sebagai pegawai perubatan di Hospital Kudat selama setahun sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth di bawah Oftalmologi.

Tidak lama selepas 2 tahun, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan KKM ke Medisinar.

Kemudahan Kami

Perkhidmatan Kami

Minat Khas

Hantar mesej kepada Kami!